Friday, November 13, 2009
aku terus membesar
Aku membesar seperti kanak2 lain,cuma......dibibirku hanya perkataan "mak" saja yang mampu aku sebut,seingat aku perkataan "ayah" jarang ku gunakan,mungkin sebab tak biasa.....
Hari-hari berlalu..... aku ke sekolah seperti kanak-kanak laskar pelangi yang ingin mencuba nasib dengan ilmu pengetahuan mengubah nasib keluarga,tetapi apakan daya...sebagai seorang anak ibu tunggal yang miskin sudah tentu ibuku tidak mampu untuk menyediakan keperluan pembelajaran seperti anak-anak orang yang berada.Lalu sepanjang tempoh persekolahanku di sekolah rendah sehingga darjah 5 aku lebih cenderung kepada olahraga dan sukan,tidak hairanlah apabila aku terpilih sebagai seorang pemain bolasepak yang mewakili sekolahku semenjak dari aku dibangku sekolah lagi.
Seingat aku peperiksaan penilaian hanya tinggal beberapa hari saja lagi,mak awal-awal lagi dah bagi warning padaku,lulus atau tidak......aku tetap akan dipaksa untuk belajar agama,sebab emak yakin hanya dengan ilmu agama saja dapat membimbing aku menjadi insan yang berguna pada semua masyarakat.Aku akur dengan keputusan mak,kerana akulah satu-satunya anak mak yang masih di bangku sekolah.
Baca seterusnya...
Wednesday, November 11, 2009
siapa aku
entry siapa aku mengisah kehidupan abulkayyis.. Aku dilahirkan tanpa kasih sayang seorang ayah,dalam benak fikiran aku mati-matian menyangka bahawa aku adalah seorang anak yatim.Rupa-rupanya aku adalah seorang anak ibu tunggal yang tegar memerah keringat mencari rezeki untuk membesarkan enam orang anak.Sungguh besar jasa seorang ibu yang berjuang mencari sesuap nasi bagi membesarkan aku,abang2ku dan kakakku.
Baca seterusnya...